Tuesday, 29 November 2016

All in 1, Family Day dan Birthday Celebration.

Hari Khamis yg lepas tiba-tiba family besar buat keputusan untuk pergi kenduri di Felda Bukit Tangga, Kedah. Pada mulanya hanya rancang utk mkn kenduri dan balik selepas itu. Akhirnya bertukar rancangan selepas mkn kenduri stay 1 malam di Perlis memandangkan jarak dr rmh knduri dkt dgn perlis. Banyak sangat aktiviti sepanjang Sabtu dan Ahad lps.

Bertolak dari Penang pagi selepas breakfast, 4 buah kereta bertolak pagi, sebuah kereta bertolak lewat kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.

wefie seblm bertolak

Tiba di rumah kenduri agak lewat, sebuah kereta dr rombongan rosak. Pukul 2.00 tiba di rumah kenduri. Selepas selesai makan teruskan perjalan ke Homestay Utan Aji. lupa plk nk snap pic homestay. Besar rumahnya, puashati pemiliknya pun baik hati dan harga pun sangat2 berpatutan.

Sampai2 je homestay trs buat persiapan untuk sambutan birthday ank buah. M. Hafiz. 

gandingan bersama buat hiasan utk sambutan mlm tu dan org yang di rai.





Masing2 buat kerja secara bergotong-royong ada yg memasak, ada yang hias, ada yang kawal budak2. Biasanya klu berjalan ramai2 mesti pilih homestay dan boleh memasak. 

keluarga kecil abg saya

selesai sambutan birthday, ada soalan kuiz berkaitan birthday boy. Anak2 saudara sangat2 teruja untuk menjawab soalan2 kuiz. Antara soalan kuiz tarikh bithday, tempat lahir dan byk lagi berkaitan dengan kelurga birthday boy. Mak pun happy sangat tgk air mukanya. Tapi rindunya terhadap arwah bapak, x pernah hilang. Menangis rindu tetap ada apabila terkenangkan arwah bapak.

Esoknya sesudah subuh semua anak2 buah dah bangun xcited utk bersukaneka. Meriah sungguh pagi tu, orang dewasa hanya jadi penonton. Ada saja geli hati tengok gelagat budak2. 

para peserta..hehe excited


sebelum sukaneka breakfast nasi lemak dgn pulut pedas sedap sgt.

Pukul 2 check out trs ke muzium padi, 
adib bersama adam, iman dgn hazim tidur dlm kereta.

adib dan cik awa

Panas dlm muzium tu, ada aircond tapi terasa. Berpeluh-peluh duduk dlm tu. Nasib baik faqihah ok, cuma letih berdukung.

bergambar kenangan ummi dan suami 

mak dan anak buah, danial

ummi last posing..

Masing2 dah lapar cuma nk mkn2 petang. Abg suggest nk ke medan mkn Simpang Kuala, sedap kue tiawnya. Kue tiaw arang. Nama kedai Kue Tiaw Bakhari.

oblong Abg Iman punya

ummi punya
roti goyang Abg Adib share Abg Hazim

Dah mkn perut dah kenyang, bertolak balik ke png. Malam tu tidur awal sbb dah terlampau letih. Ayahnya yg settle2 semua2 benda sbbnya Isnin tu outstation. 
Happy semua org, sbb dpt berkumpul bersama-sama. dah itu je dulu.


Kecik-kecik dah konvo.

Minggu-minggu akhir persekolah 2016 penuh wall hari graduasi prasekolah dan tadika. Ummi pun x terlepas untuk sama2 meraikan 2 org hero sambut konvo. Abg Iman konvo sempena tamat TADIS nak naik darjah 1. Manakala Adib konvo sempena tamat TASKA Permata. Alhamdulillah kedua-dua majlis ayah sempat hadir meraikan. Nasib jugaklah tdk bertembung majlis tu. huh. Gambar sebagai kenangan pottraitkan kat sini.











Siap sedia untuk sesi persekolahan 2017 pulak.

Sunday, 20 November 2016

Jalan-jalan ke Terengganu dan Kuantan

Hari yang free, blh la update sikit2. Awal november hari tu pergi ke Terengganu untuk ambil adik ipar yg dah tamat belajat dkt UITM Dungun. Sesudah subuh bertolak dari Penang, singgah rmh mertua utk breakfast. Lps mkn baru bertolak ikut jalan Gua Musang. Semua adik beradik husband pergi. Seronok klu berjalan ramai2 kan, lebih meriah. Sampai Terengganu hampir maghrib. Mlm pertama sewa homestay area Dungun.

homestay dkt dgn pantai, jalan kaki dah sampai

lps blk dr pantai, ada pokok2 rhu singgah jap utk bergambar

Selepas bersiap2, adik ipar bawak mkn kedai bihun sup champa, sedap jgk dan ramai org. Tapi pelayan kat situ kurang budi bahasa. Selesai makan mulakan perjalan ke Kuantan, saja ke Kuantan bwk keluraga mertua. Dalam perjalan ke Kuantan sempat beli ole2 utk bawa blk ke Penang. keropok lekor semestinya.

penambah rasa bihun sup champa

keropok lekor sagu, kedainya seb Farmasi Bestari. owner homestay recomend.sedap!!

Teruskan perjalanan ke Kuantan, terus ke tempat penginapan Duta Village, sbb apa bermalam kat situ. Sbb dah penah bermalam kat situ masa pergi kursus kat Kuantan. Ada laluan ke pantai tp x sempat pergi pantai masa menginap hr tu. 




aktiviti mandi semasa di Duta Village

Malam tu makan dekat Tanjung Lumpur, Mail Ikan Bakar. Esoknya lps mandi pool check out, teruskan perjalanan ke Temerloh pulak. Ahli rombongan nk merasa gulai lemak patin temerloh. Makan dekat food court  yang berdekatan dengan titi gantung Temerloh. 



 ikan patin Temerloh


bergambar kenangan seblm bertolak balik.

lupa, pergi jgk tapi tutup.