Monday, 27 February 2017

PEMBUKAAN TIRAI 2017

2 Januari 2017 bermulalah sesi persekolahan tahun 1 untuk Muhammad Iman Zhariff, ayahnya yang excited lebih, tapi semua barang-barang keperluan untuk anak-anak sekolah dari abg sampai ke adik yang kecil semua aku yang uruskan. Beg sekolah, baju sekolah, kasut, keperluan untuk di bawa ke transit.

 abg iman,1st day school

 adib melangkah ke sekolah

 budak faqihah kuat nganga

hazim, excited sgt nk sekolah

Tahun 2017 merupakan tahun yang mencabar untuk aku, sebabnya aku perlu menguruskan keempat-empat anak aku secara bersendirian. Ayahnya selalu ouststation, kadang-kadang sangatlah untuk berada di rumah. Maka tahun ni struggle sgt sbb kena siapkan keempat-empat anak dalam satu masa..huhu 2017 ni semua anak-anak dah masuk sekolah taska. Duduk dkt taska/sekolah sampai petang. Jarak dari rumah ke sekolah/opis agak jauh. Memerlukan masa 40 minit utk sampai. fuhhh..

hari pertama persekolahan, masing-masing under control, masing2boleh suaikan dengan envoirement baru. Kecuali faqihah, dia punya melalal xtahan. Haha.. Tapi amik masa seminggu saja, pastu dia dah ok.. Dah boleh sesuaikan diri dengan suasana baru. Hazim hari pertama bagaikan hero, langsung x namgis, tapi hari kedua dia dah mula buat drama, Alhamdulillah x lama jgk. Seminggu selepas tu dah ok. Adib plak ok, sgt dia minggu pertama tu, cuma ada cam sendu2 sikit. sikit sgt lah. Abg Iman plk masa hari orientasi, sehari seblm hari persekolahan, tgk macam ok. Bila masa hari persekolahan, mulalah sedih, menagis jgk. Tiba-tiba merah mata. Menangis dalam diam. Huhu.. Dia memang anak manja, waktu rehat pergi melawat dia pun sama jgk, dari jauh dah nampak menangis, adoi hero kot. Mungkin dia jenis sedih cam ummi dia, bila ternampak ahli keluarga dtg, sama cam aku dulu2 jgk. Hai la ank. Seminggu jugak berulang ke kantin sekolah dia masa rehat, tetapi tetap sama, menangis sebelum berlaku apa2. Minggu ke2 persekolahan Alhamdulillah dia dah ok. Dah happy utk ke sekolah. 4 orang anak, 4 ragam..hehe

time rehat temankan dia makan

Sekarang dah 2 bulan masing2 dah selesa dengan rutin yang baru. Umminya juga hampir selesa dengan situasi yang baru. Alhamdulillah..

empat beradik

No comments:

Post a Comment