Kebetulan Masjid Simpang Ampat qariah sini ada buat program bersunat, terus daftar nama Iman Zhariff dkt situ. Kebetulan 2 org sepupunya juga berkhatan di tempat yg sama. Itu la puncanya dia hendak sgt bersunat.
Tibalah hari kejadian, awal Iman Zhariff pergi dengan ayahnya ke masjid. Pukul 7.30 pagi dah keluar rumah. Aku siap2 adik-adiknya, selesai semua mandi baru ke masjid. Sampai-sampai ja tgk dia dah mkn dan minum. Pastu dapat tahu berhatan secara tradisional, terkejut aku. Guna tok mudim. Aku dengar tok mudim terus rasa cam nk bwk balik ja ank aku tu. Pastu abg aku cool down, suruh buatkan jugak aktiviti masjid, selepas tu baru berkhatan ke klinik.
Dalam masa tu aku dok berfikir kat mana nk sunatkan budak ni. Setahu aku kena booking, ini main terjah ja. Dalam hati tawakal je la, klu x terima pergi klinik lain pulak. Alih2 abg aku ada igtkan ada jiran ank dia berkhatan hr tu jgk, trs call utk minta tlg dia tanyakan pihak klinik. Alhamdulillah di permudahkan urusan utk hari tu.Selepas selesai mandi bomba salin2 baju, terus tuju ke klinik.
Selesai bersunat, x nangis pun bdk Iman tu. Ok ja, cuma sblm masuk tu, dia nerves cuak jgk tgk muka dia. dok tahan air mata. Ayah dia teman masuk kat dalam tu. Opah dan tok dia pun dtg melawat selepas sunat tu, lepas opahnya balik terus bawa Iman Zahriff ke rumah abg aku, berpantang dia dgn sepupu dia. 4 Malam dia di sana, jenguk dia masa pg, tgh, dan mlm seblm dia tidur. Masakan lauk berpantang aku yang masakan.
Hari kelima dah boleh pakai seluar. Hari kelima jgk baru dia balik kerumah setelah habis pantang. hari keempat tu langsung x menjenguk, bila tiba mlm hari, Iman Zhariff mengalirkan air mata. Terharu ank buah call ckp iman nangis. huhu.. Rindu ummi dia la tu. Laju2 amik dia, terus bwk p mkn. Actually mlm keepat dah tidur kat rumah.
Tak nak tok mudim ni bkn apa, risau jgk sekarang dah perubatan modem. Jarang dah ada tok mudim ni, Lagipun proses sembuh dia lambat. Aku pun tgk kesian je dkt ank buah aku yg sunat tok mudim tu, asik nk kencing nangis sakit. Sian aku tgk, nk kencing pun x boleh. masa nk buka kain balutan, ayh dia terpaksa bawa ke klinik dah semuanya sakit x blh sentuh. Kesian la hai.
Cost berapa yer berkhatan kat clinic rashidi ni?
ReplyDelete